Mujaahidirlande.
"Isteri saya menghidap penyakit kanser tahap tiga ketika kami berada di Yaman. Setelah keluar dari sana beberapa tahun, kami diberitahu oleh Kedutaan Besar kami di sana bahawa kami tidak lagi berhak mendapat rawatan percuma dan kami mesti membayar kos rawatan. Oleh kerana kami tidak bersetuju dengan Darul Kufur, maka kami memutuskan untuk mencoba mencari bantuan pada dunia Islam. Masya Allah, seseorang yang sangat baik membantu kami untuk mendapat rawatan di Hospital Amerika di Dubai.
Sementara itu beberapa orang yang bersimpati terhadap kami menyarankan kamu untuk bertemu dengan seorang saudara "salafi" dari masjid tempat kami, Jam Al-Khair. Dia mencadangkan kami meminum jintan hitam tiga kali sehari dicampur dengan madu (sebelum fajar, selepas Asar, dan selepas Isyak). Kami membeli jintan hitam segar dan saya hancurkan dengan alu untuk mengeluarkan minyaknya. Saya kemudian mencampurkannya dengan madu tempatan. Saya melakukan hal yang sama dengan bawang putih, dihiris dan dicampur. Kami kaku dengan hal ini, tetapi melakukannya selama tiga bulan hingga sampai waktu temujanji kami dengan Hospital Amerika di Dubai.
Alhamdulillah, setelah pemeriksaan di Dubai, doktor menyatakan bahawa tiada kesan sel-sel kanser sama sekali. Kenyataan ini tidak sama dengan kenyataan yang pernah disahkan terdahulu dan Kings di London bahawa isteri saya menghidap kanser.
Isteri saya telah beberapa kali menjalani pemeriksaan dan masih mengamalkan meminum minyak jintan hitam, bawang putih dan madu dan Alhamdulillah, sudah tidak ada pertumbuhan lagi, Subhanallah!!!."
-Rujukan : Rasulullah Is My Doctor - By Jerry D. Gray.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan