Gout
Sumber: http://www.orthopaedics.com.sg/conditions/ankle-pain/gout
Sumber: http://www.orthopaedics.com.sg/conditions/ankle-pain/gout
Gout adalah sejenis penyakit ‘crystal arthropathy’ yang
disebabkan oleh pembentukan asid urik (Uric Acid) yang berlebihan di dalam
sistem badan manusia. Ia berlaku di dalam 1% daripada populasi manusia.
Faktor penyebab utama gout di dalam 95% pesakit ialah faktor
keturunan. Baki 5% lagi adalah disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah
buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan termasuk diuretik (ubat yang
menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.
Asid urik yang berlebihan ini akan menyebabkan pembentukan
kristal yang berkumpul di dalam tisu dan juga sendi-sendi. Di dalam kes-kes
serangan Gout Akut (Acute gout), sendi pesakit yang terlibat akan menjadi
bengkak, merah dan panas. Pesakit juga menderita kesakitan yang amat
sangat.
Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah sendi pada ibu jari
kaki (metatarsophalangeal joint of the great toe), sendi lutut, siku dan sendi
jari-jari tangan. Selain daripada itu, pesakit juga biasanya mengalami kekangan
sendi pada waktu pagi (morning stiffness).
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Gout
Diagnosis akan dibuat oleh doktor setelah pesakit memenuhi
kriteria yang ditetapkan oleh American Colleage of Rheumatology. Anda perlu
berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan fizikal, melakukan ujian darah dan
xray.
Dalam jangkamasa panjang, gout boleh menyebabkan kerosakan
sendi serta kecacatan rupa atau kebengkokan (deformity) pada sendi-sendi ini.
Sekiranya kita lihat pesakit-pesakit Gout ini, kita akan
dapat lihat benjolan-benjolan di bawah kulit pesakit. Benjolan ini
dikenali sebagai ‘tophi’ atau ‘Rheumatoid nodules’. Ia juga disebabkan oleh
pengumpulan kristal ini. Ia biasanya terbentuk pada bahagian siku, cuping
telinga, jari-jari tangan dan buku lali kaki.
Rawatan bagi pesakit Gout boleh dibahagikan kepada dua.
Pertama semasa serangan Gout Akut, dan yang kedua iaitu, cara-cara mengelakkan
serangan Gout.
Sumber: Dr Khoo Yoong Khean
Semasa serangan Gout Akut, pesakit akan diberikan
sejenis ubat yang dikenali sebagai Colchicine dan juga ubat tahan sakit. Di
samping itu, pesakit perlu berehat dan kaki yang diserang perlu diangkat
tinggi bagi mengurangkan kebengkakkan. Pesakit perlu minum lebih air masak bagi
mempercepatkan proses penyembuhan kerana lebihan asid urik akan dikumuhkan
melalui air kencing.
Setelah serangan reda, pesakit akan diberi ubat yang dikenali
sebagai Allupurinol (Zyloric) bagi mengawal kandungan asid urik di dalam badan.
Terdapat beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan
Purine (sejenis asid amino) di mana boleh menyebabkan penghasilan asid urik
yang tinggi dan memudahkan pesakit mendapat serangan Gout.
Makanan tinggi kandungan Purine adalah seperti :-
Ikan – bilis, sardin, salmon
Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam
belanda, arnab, khinzir
Ibu roti (yeast)
Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak
Kerang, kepah, ketam, udang galah
Kekacang – kacang panjang, kacang pea
Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus
Cendawan
Minuman beralkohol
Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ini tidak sama
antara seorang individu dengan individu yang lain. Kebanyakan pesakit tidak
tahu mereka tidak boleh makan sesuatu sehinggalah mereka terkena serangan Gout
ini setelah memakan makanan tersebut.
Pesakit yang menghidapi penyakit Gout disarankan supaya
elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi kandungan Purine yang tinggi
serta mengambil ubat seperti dinasihatkan oleh doktor.
Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap
Malaysian Medical Gazette, Dr Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang
bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di
laman The Team.
Sumber:
Orthopaedic Secrets, 3rd Edition, David E. Brown, MD, Randall
D. Neumann, MD
Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz, Cambridge
University Press
www.blpublications.com/html.Gout.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan