Seorang remaja berusia 17 tahun masuk ke bilik
konsultasi ku dengan bertongkat. Dia hanya tersenyum melihatku. Wajah yang amat
ku kenali. “Apa khabar awak hari ni Adam?” Saya memula bicara.
Beliau duduk di kerusi di depanku. Ibunya pula
hanya berdiri. Adam mengalami kepatahan pada tulang peha (femur bone) kanan
beliau akibat kemalangan jalanraya 3 minggu yang lalu. Kami telah melakukan
pembedahan ‘plating’ dimana kepatahan tulang femur tersebut telah dibetulkan
dan distabilkan dengan sebatang besi (implant). Tanpa pembedahan ini, kepatahan
tersebut akan sembuh dengan keadaan berselisih sebanyak 4 cm. Akibatnya, beliau
akan tempang.
“Saya baik doktor, Alhamdulillah”. Luka ni pun
dah sembuh. Tapi kadang-kadang masih ada rasa sengal-sengal kat peha kanan ni”
Ujar beliau dengan penuh mesra. Saya memeriksa luka tempat pembedahan beliau.
Terdapat parut sepanjang 15cm yag telah sembuh. Jahitan juga telah dibuka.
“Cantik luka awak ni Adam. Dah sembuh
sepenuhnya” Saya senyum kepada beliau. “Makcik suruh dia berpantang doktor,
lepas pembedahan tu, memang makcik tak bagi dia makan telur, ayam, ikan semua
tu. Takut bernanah luka tu nanti”. Panjang lebar ibu beliau bercerita. Aku
tersenyum kelat.
Masyarakat kita memang suka berpantang. Kalau tidak berpantang,
takut luka bernanah atau lambat baik katanya. Namun, adakah ini benar? Adakah
kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan berpantang ini?
Terdapat beberapa faktor yang menentukan cepat atau lambatnya
luka kita sembuh. Faktor-faktor ini termasuk:
- Saiz
luka
- Sel
darah merah (Hemoglobin) yang cukup
- Tiada
jangkitan kuman yang berlaku
- Nutrisi
atau zat makanan yang seimbang, terutamanya protein
- Masalah
kesihatan pesakit – seperti kencing manis, masalah hati, buah pinggang
Makanan seperti ikan, ayam dan telur sebenarnya amat kaya dengan
zat protin. Berpantang daripada mengambil makanan ini akan mendedahkan pesakit
kepada risiko kekurangan zat protin dan melambatkan proses penyembuhan luka.
Pandangan bahawa makanan berprotin ini akan menyebabkan kegatalan serta nanah
tidak dapat dibuktikan secara kajian saintifik.
Pesakit perlu mengambil makanan seperti daging merah, kekacang
dan bayam yang dapat menambahkan pembentukan sel darah merah. Sel darah merah
ini amat penting dalam proses penyembuhan luka dimana ia membawa nutrisi serta
sel-sel yang terlibat dalam pembentukan tisu dan sistem imuniti badan.
Kawalan tahap gula dalam darah yang optimum juga akan
mempercepatkan proses penyembuhan luka. Oleh itu, apa yang penting ialah
berpantang daripada mengambil makanan manis yang berlebihan. Manakala, tahap
gula dalam darah perlu diperiksa secara berkala bagi memastikan ia terkawal.
Pesakit yang mempunyai masalah hati dan buah pinggang biasanya
mempunyai masalah sembab, dimana anggota kaki atau tangan pesakit membengkak
kerana edema atau kandungan air yang berlebihan. Ia menyebabkan luka pada kulit
berada dalam keadaan tegang dan ini boleh mengganggu proses penyembuhan luka.
Pesakit perlu mematuhi nasihat yang diberi oleh doktor mengenai kuantiti
maksimum air yang boleh diminum setiap hari. Doktor mungkin akan memberikan
ubat bagi membolehkan lebihan air ini dikeluarkan melalui air kencing.
Selain daripada perkara di atas, pantang paling penting yang
perlu dijauhi oleh setiap pesakit ialah ROKOK. Mengikut kajian,
merokok bukan sahaja akan melambatkan proses penyembuhan luka, malah ia
membantutkan proses percantuman tulang yang patah, melemahkan system pertahanan
badan, serta membuatkan luka lebih terdedah kepada jangkitan kuman.
Sekiranya anda masih juga mahu berpantang, maka, nasihat saya,
berpantanglah daripada merokok.
Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian
Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di
sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.
Rujukan
- Basic
Science for the MRCS. Andrew T. Raftery, Michael S. DelbridgeWound healing
problems in smokers and nonsmokers after 132 abdominoplasties. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12711974
- Anemia fact
sheet. WomensHealth.gov website. http://www.womenshealth.gov/publications/our-publications/fact-sheet/anemia.cfm
- The fact
about protein. http://www.myfooddiary.com/Resources/nutrient_facts/nutrient_protein.asp
Saya ingin berkongsi dengan anda semua di sini tentang bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Encik Benjamin yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak 400,000.00 Euro untuk memperbaiki perniagaan saya. Ia mudah dan cepat apabila saya memohon pinjaman apabila keadaan semakin kasar dengan perniagaan saya. Benjamin memberi pinjaman saya tanpa berlengah-lengah. di sini adalah e-mel Benjamin / e-mel kenalan: +1 989-394-3740, lfdsloans@outlook.com.
BalasPadam