HMF
madu asli meningkat apabila kita panaskan. Ia juga meningkat apabila madu kita
simpan lama pada suhu bilik. Kajian di USM menunjukkan madu tualang HMF
meningkat hingga lebih 80 selepas disimpan di suhu bilik selepas 6 bulan dan
lebih seribu selepas disimpan melebehi 2 tahun.
Madu
yang lebih 2 tahun ini warnanya sangat hitam. HMF terbentuk dengan semulajadi
bila ada gula seperti glukos atau fruktos dengan kehadiran protien. Tindakbalas
ini dipanggil milrald reactions.
Berbagai
sebatian furfural terbentuk dalam tindakbalas ini dan yang paling banyak adalah
HMF=hydroxyl methyl fulfuraldehyde.
Jadi
makin lama umur madu itu makin tinggi kadar hmf….kesannya???
Orang
orang tua kita dulu suka makan madu lama. Tetapi mereka makan sikit sahaja.
Kajian
USM menunjukkan madu lama ini antioksidannya tinggi.
Kesimpulan
yang boleh diambil ialah madu asli yang lama tinggi HMF tetapi antioksidannya
juga tinggi. Jika ada yang ingin ambil madu lama ini, ambillah sedikit sahaja.
Tak
perlu banyak seperti madu baru untuk niai antioksidan yang sama. Pengambilan
dalam jumlah yang sedikit ini juga boleh mengelak pengambilan HMF yang
berlebihan.
Hal
ini berbeza dengan HMF dalam madu tiruan kerana tiada nilai antioksidan yang
diharapkan di dalam madu tiruan. HMF saja yang tinggi yang amat memudaratkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan